fbpx

China waspada kapal perang AS berlayar di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL pemusnah peluru berpandu US transit di Taiwan pada 27 Ogos lalu. - AFP

TAIPEI – Tentera laut China terus mengawasi dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang berlayar melintasi Selat Taiwan dalam operasi kebebasan pelayaran pertama sejak Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi melawat Taipei awal bulan ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kapal perang AS itu belayar di Selat Taiwan iaitu lokasi di mana tentera China mengadakan latihan tentera terbesarnya selama beberapa hari, Ogos lalu. 

Latihan tersebut menyaksikan tentera Beijing kerap melintasi garis tengah yang memisahkan Tanah Besar China dan Taiwan. China mendakwa bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya. 

“Dua kapal perang AS iaitu USS Antietam dan USS Chancellorsville berlayar melalui Selat Taiwan pada kelmarin dan menggembar-gemburkannya secara terbuka,” kata Komando Teater Timur (ETC) Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) kelmarin.

ETC melakukan pengesanan keselamatan dan pemantauan laluan dua kapal perang AS itu termasuk semua pergerakannya, kata jurucakap ETC, Kolonel Kanan Shi Yi. 

“Pasukan Komando ETC sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghalang sebarang bentuk provokasi,” tambahnya. 

Penulisan dalam akhbar Global Times mengkritik transit kapal-kapal itu dan menyatakan, AS cuba meredakan kebimbangan Taiwan dan sekutu serantau lain dengan mesej bahawa Washington  tidak akan berundur di bawah tekanan tentera China.

Ini kali pertama kapal perang AS belayar melalui Selat Taiwan selepas lawatan Pelosi walaupun media rasmi China melaporkan bahawa lebih 100 kapal perang AS belayar melalui perairan kontroversi itu sejak 2012 untuk mencabar tuntutan China ke atas perairan itu. 

AS melakukan ekspedisi tentera laut dan udara serupa di Laut China Selatan yang merupakan perairan tuntutan bertindih untuk menegakkan kebebasan pelayaran dan menentang tuntutan Beijing ke atas hampir ke atas hampir keseluruhan laut itu.

Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mempunyai tuntutan ke atas  Laut China Selatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI