fbpx

Kad besbol paling mahal di dunia, harga lebih RM56 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad besbol Mickey Mantle tahun 1952. – Heritage Auctions

WASHINGTON – Sekeping kad besbol tahun 1952 yang memaparkan pemain profesional Amerika Syarikat (AS), Mickey Mantle dijual pada harga AS$12.6 juta (RM56.5 juta), lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Lelongan itu menjadikan kad tersebut sebagai koleksi sukan paling mahal di dunia, demikian menurut kenyataan firma lelongan Heritage Auctions.

Harga tersebut adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding rekod jualan kad besbol sebelumnya iaitu kad besbol Honus Wagner yang mencatat harga AS$6.6 juta (RM29.6 juta) dalam satu lelongan pada tahun lalu.

Kad besbol Mickey Mantle juga mengalahkan mana-mana item memorabilia sukan dan turut memintas lelongan jersi milik bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona yang digelar ‘Hand of God’.

Kad itu amat berharga kerana ia terpulihara dengan sangat baik. Kad besbol itu menerima gred cemerlang Mint+ 9.5 (premium) oleh Sportscard Gua­ranty Corporation, demikian menurut Heritage Auctions.

Mantle menghabiskan masa 17 tahun bermain untuk pasukan New York Yankees dan namanya diabadikan di Dewan Kemasyhuran Besbol pada tahun 1974. 

“Hasil lelongan lapan angka dalam pasaran memorabilia sukan hanyalah satu mimpi pada dekad lalu. Bagaimanapun, kami sentiasa tahu bahawa kad besbol ini akan memecahkan rekod dan jangkaan.

“Ia merupakan pencapaian luar biasa untuk pasukan pakar sukan kami yang hebat di Heri­tage Auctions. Kami tidak dapat melakukannya tanpa pe­ngirim kami, Anthony Giordano yang meletakkan kepercayaan kepada kami untuk membawa kad menakjubkan ini ke pasaran,” kata pengarah lelongan sukan Heritage Auctions, Chris Ivy dalam satu kenyataan. 

Giordano membeli kad besbol itu pada harga yang meme­cahkan rekod tahun 1991 berjumlah AS$50,000 (RM224,350). Dia menyimpannya selama tiga dekad sebelum membawanya kepada Heritage Auctions. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI