fbpx

UMNO Johor Bahru tolak tuduhan ugut bunuh, bakar pejabat PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru yang merupakan pejabat Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dibakar individu tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU – UMNO menolak dakwaan dan tuduhan bahawa insiden ugutan dan kebakaran melibatkan pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dikaitkan dengan parti berkenaan dan penyokongnya.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Saipuddin Yusoff memberitahu, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dilihat tidak berasas sama sekali.

Menurut beliau, tindakan politik mengugut bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah diluar budaya dan amalan ahli-ahli UMNO.

“UMNO Johor Bahru amat memandang serius dakwaan kejadian kebakaran yang berlaku dipejabat Ahli Parlimen Johor Bahru dengan ugutan bunuh kononnya datang daripada penyokong UMNO dan penyokong Datuk Seri Najib Razak.

“Tradisi ahli UMNO dan warga Johor kebiasaannya menterjemahkan ketidakpuasan hati melalui peti undi sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Diharap jangan sesekali ada mana-mana pihak mencari publisiti murahan dengan mengaitkan insiden tersebut dengan menuding jari kepada ahli UMNO Johor Bahru sebelum lengkapnya siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Akmal membuat laporan polis bahawa dirinya menerima ugutan bunuh beberapa hari sebelumnya Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru bertempat di Jalan Idaman 3, Taman Larkin, di sini dibakar, semalam.

Dakwa Akmal, individu yang memaki dan mengugutnya melalui satu akaun media sosial tidak dikenali mengaku sebagai seorang penyokong UMNO dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Saipuddin turut menegaskan bahawa budaya samseng jalanan, peras ugut, reformasi dan merosakkan harta benda awam bukanlah budaya yang lahir dari DNA UMNO sama sekali.

“Kami akan terus fokus dalam mendekati masyarakat dan menyelesaikan isu-isu rakyat yang sememangnya menjadi agenda nombor satu kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah mendapat mandat rakyat bagi membentuk kerajaan pada PRN lalu,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI