fbpx

JPJ kesan iklan lesen terbang di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan lesen terbang yang dipaparkan secara terbuka di Facebook.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan satu lagi iklan lesen terbang yang dipromosikan menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

JPJ menerusi hantaran di Facebook berkata, iklan berkenaan dimuat-naik pemilik akaun Facebook dikenali Farizal Bakri di pelbagai ‘group’ Facebook.

Menurutnya, pemilik akaun berkenaan menawarkan promosi lesen kereta jenis D dengan harga RM599 serta lesen B2 dan D dengan harga RM800 terhad kepada 20 individu terawal sahaja.

“Kami ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.

“Lebih berani, pemilik akaun Facebook itu turut meletakkan nombor telefon bimbit iaitu 0122810286 bagi memancing orang awam supaya tertipu,” katanya.

Katanya, JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang itu dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

“Susulan itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI