fbpx

Gitar penyelamat karier Yunjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNJIN

PERJALANAN yang ditempuh penyanyi Yunjin untuk bergelar artis idola bukanlah mudah. Sebelum menyertai Source Music, dia terlebih dahulu menjadi pelatih selama bertahun-tahun di Pledis Entertainment.

Pada 2018, Yunjin menyertai program PRODUCE 48 bersama Gaeun tetapi rakan seagensinya itu berjaya debut bersama After School, sedangkan dia masih bergelar pelatih.

Selepas tersingkir, dia menyambung latihan di Pledis tetapi perancangan debut bersama Gaeun tidak kesampaian apabila penyanyi itu meninggalkan syarikat berkenaan setahun kemudian.

Selepas melalui sepak terajang dunia hiburan, Yunjin akhirnya memutuskan pulang ke Amerika Syarikat (AS) dan menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun, terdapat satu momen yang membangkitkan semula Yunjin untuk kembali ke Korea Selatan mengejar impian bergelar artis K-pop.

“Sewaktu di kolej di AS, saya terjumpa sebuah gitar yang pernah saya gunakan sebelum ini. Ketika bermain gitar tersebut, saya rasa pelik.

“Timbul perasaan agar saya tidak berputus asa dalam bidang muzik. Sebab itu saya kembali dan akhirnya dapat debut bersama LE SSERAFIM,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI