fbpx

Deepika Padukone kongsi kisah dicurangi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

PELAKON Deepika Padukone juga tidak terlepas daripada mengalami fasa patah hati dan kecewa kerana cinta walaupun dikurniakan dengan rupa paras jelita.

Menerusi satu pendedahan yang dibuat dalam sebuah program baru-baru ini, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu berkata dia pernah berasa sangat sedih selepas dicurangi bekas teman lelakinya suatu ketika dahulu.

“Saya pernah dicurangi suatu ketika dahulu. Bekas kekasih saya mempunyai wanita lain, namun pada masa sama dia mengakui cintakan saya.

“Akhirnya kami putus kerana dicurangi,” kata Deepika.

Kata aktres berusia 36 tahun itu, walaupun berasa sedih, namun dia lega dan gembira menjalani kehidupan tanpa kehadiran lelaki dalam hidupnya pada waktu itu.

“Lebih baik saya single (solo) daripada dibohongi lelaki. Sekurang-kurangnya hati saya tidak sakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI