fbpx

Pusat selam skuba UMT bertaraf 5 bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemudahan ditawarkan di Pusat Selam Skuba UMT di Pulau Bidong, Kuala Nerus bertaraf lima bintang.

KUALA NERUS – Pusat selam skuba Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini menerima pengiktirafan lima bintang daripada Pusat Selam Skuba Antarabangsa (SDI) baru-baru ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, UMT merupakan satu-satunya universiti awam tempatan yang mempunyai kemudahan selam skuba berkelas lima bintang.

“UMT juga universiti awam pertama memperolehi ISO 9001:2015 (“Kualiti Sistem Pengurusan) bagi pengurusan latihan berkaitan perlesenan skuba perkhidmatan pendidikan.

“Pengiktirafan lima bintang itu juga mampu menjadi pemangkin kepada pemerkasaan aktiviti selam skuba dan pelancongan pendidikan di Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Pusat Selam Skuba UMT yang terletak di Pulau Bidong tersebut baru dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8 Ogos lalu.

Mazlan berkata, pengiktirafan berkenaan akan melonjakkan imej UMT yang sebelum ini proaktif dalam usaha pemuliharaan ekosistem marin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI