fbpx

Wad isolasi Hospital Melaka RM1.3 juta dibina tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal. /FOTO RASUL AZLI SAMAD

JASIN – Hospital Melaka akan dilengkapi sebuah bangunan wad isolasi separa kekal bernilai RM1.3 juta yang dikhaskan untuk pesakit berjangkit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, wad tersebut adalah kerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dan akan dibina pada tahun depan.

Menurut beliau, peruntukan untuk membina wad berkenaan telah diluluskan sebelum ini, namun pihaknya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM300,000.

“Peruntukan ini dijangka diterima sebelum Disember sebagai tambahan kepada RM1 juta yang sudah diperolehi.

“Wad isolasi ini ibarat jabatan kecemasan dan dikhaskan untuk penyakit berjangkit supaya tidak mengganggu jabatan kecemasan sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar parkir khas berpusat di sini, hari ini.

Jelasnya, wad separa kekal itu akan dibina di kawasan parkir bersebelahan ruang lobi hospital dan menempatkan antara 40 hingga 50 buah katil.

“Pembinaan wad itu membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI