fbpx

Mahkamah: Tiga lelaki didakwa bunuh gadis Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Pekan atas kesalahan dengan niat bersama membunuh remaja perempuan dekat Bukit Ibam, Rompin.

PEKAN – Sepupu mangsa antara tiga lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Pekan di sini atas pertuduhan bersama-sama dengan niat membunuh seorang gadis, di sini hari ini.

Pendengaran pertuduhan bagi ketiga-tiga tertuduh Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, dibacakan di hadapan majistret, Wahidah Zainal Abidin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Ketiga-tiga sahabat Orang Asli itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan dengan niat membunuh seorang gadis berusia 14 tahun.

Menurut kertas pertuduhan mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, dekat Bukit Ibam, Muadzam Shah pada 20 Ogos lalu antara pukul 11.15 malam hingga pukul 7 pagi.

Ketiga-tiga tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Luqman Hakim Mohamad Usari manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 November depan di Mahkamah Rompin.

Pada 23 Ogos lalu Kosmo! melaporkan tiga lelaki Orang Asli yang disyaki terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan ditahan polis di Bukit Ibam.

Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas mayat seorang gadis ditemukan dengan keadaan berdarah di tangan dan kepala di kawasan lereng bukit bersemak dekat Bukit Ibam di Rompin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI