fbpx

Andalusia sasar bawa 6,500 jemaah, pelancong ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana bersama Pengurus Negara Turkish Airlines, Muhammed Hamza Arslanpada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Turkish Airlines./ FOTO MOHD. FARIDZWAN.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. bersama syarikat penerbangan, Turkish Airlines menjalin kerjasama membawa kira-kira 6,500 bagi jemaah umrah dan pelancong ke Turkiye dengan sasaran sehingga Mei tahun depan.

Jalinan kerjasama itu dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian antara kedua-dua syarikat melibatkan nilai kontrak keseluruhan kira-kira RM25 juta dengan deposit kontrak RM1.764 juta.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, jumlah keseluruhan 6,500 itu meliputi seramai 5,040 jemaah umrah dan ziarah ke Turkiye manakala, baki kira-kira 1,000 lebih ialah pelancong melawat ke negara tersebut.

“Kebiasaannya jualan tiket ini boleh dihabiskan sepanjang tempoh sasaran itu. Malah kolaborasi dengan Turkish Airlines sangat baik dalam memberi peluang kepada jemaah melakukan ziarah menyelami tamadun Islam sebelum mengerjakan ibadah umrah.

“Tanpa kolaborasi ini, mungkin jemaah perlu membeli tiket berasingan untuk ke Turkiye dan ke Arab Saudi.

“Justeru, ia menjimatkan kos dan membantu jemaah jika mereka mahu menziarahi kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Perjanjian antara Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Turkish Airlines di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ida Riswana berkata, kelebihan umrah dan ziarah serta percutian ke Turkiye bersama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. apabila turut disediakan pemandu pelancong boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu.

Ujarnya lagi, harga pakej ziarah dan umrah ditawarkan bermula RM8,990 meliputi empat hari tiga malam di Turkiye manakala, 10 hari di Mekah dan Madinah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI