fbpx

Remaja 13 tahun maut jatuh dari tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, di sini pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 13 tahun itu ditemui di bahagian bumbung aras satu bangunan perumahan terbabit kira-kira pukul 6.30 pagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd. Awis Kharni Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.48 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba menemui mangsa perempuan berusia 13 tahun di atas bumbung tingkat satu selepas dikatakan terjatuh dari aras 11.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi terbabit,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI