fbpx

Aligator berang seret bot pemburu selama 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHESTER, ARKANSAS – Sekumpulan pemburu berdepan detik-detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka ditunda se­ekor aligator gergasi hampir dua jam di Tasik Merrisach di sini baru-baru ini, menurut laporan akhbar The Sun UK.

Seorang pemburu, Travis Bearden berkata, dia bersama bapa, abang dan rakan keluar memburu reptilia itu di tasik berkenaan pada waktu malam.

“Kami dapat mengesan aligator itu saya menghalakan lampu suluh ke permukaan air dan kami melihat sepasang mata berwarna merah.

“Kami mendekatinya lalu me­lontar lembing ke arahnya sebelum aligator sepanjang empat meter itu berenang dan menarik bot kami seolah-olah enjin dihidupkan,” katanya.

Bearden mendakwa mereka berasa takut semasa aligator menarik bot mengelilingi kawasan tasik hampir dua jam, sebelum dia berjaya menembak mati reptilia gergasi itu.

Dia turut menjelaskan mereka terpaksa menggunakan sebuah jentera angkut untuk mengangkat bangkai aligator itu ke darat. Kumpulan pemburu itu memiliki lesen sah untuk memburu aligator sejak tahun 2008.

Pegawai Suruhanjaya Perikanan Arkansas, Trey Reid berkata, aligator itu adalah yang paling besar pernah ditangkap di negeri itu. Reptilia itu adalah seberat 362 kilogram. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI