fbpx

Cuaca cerah hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah hampir semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selain hujan di beberapa kawasan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir dikeluarkan di beberapa kawasan di sekitar pantai di negeri Perak.

“Hujan lebat turut dijangka berlaku di satu dua tempat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor serta di kawasan pantai negeri Perlis.

“Bagaimanapun, tiada hujan di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, WP Kuala Lumpur, Wilayah Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Tambah MetMalaysia, di Sarawak pula hujan di beberapa daerah melibatkan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sementara itu, cuaca yang sama turut dijangka berlaku di Sabah dengan hujan di satu dua tempat melibatkan Pantai Barat, Tawau dan Sandakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI