fbpx

Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Aaron-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu, Aaron-Wooi Yik memastikan mereka menjadi pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan dunia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.

Lebih manis, kemenangan itu menyaksikan mereka akhirnya menamatkan badi kekalahan di separuh akhir selain merangkul gelaran sulung dalam saingan individu selepas mula digandingkan sejak 2017.

“Tahniah Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana berjaya merangkul gelaran Juara Dunia BWF World Championships 2022!.

“Apabila wujud semangat kebersamaan maka tidak mustahil untuk kita mencapai kejayaan!,” tulis Ahmad Faizal menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi akaun media sosial Facebook.

Pada masa sama, beliau turut memberikan penghargaan kepada barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sudah banyak berkorban dalam usaha melahirkan juara dunia pertama.

“Terima kasih buat barisan jurulatih, para pegawai, BAM dan semua pihak terbabit atas usaha yang dicurahkan selama ini.

“Syabas juga kepada BAM kerana terus memberi kepercayaan kepada pelapis muda dan ini merupakan satu tindakan tepat dalam kita melahirkan bintang bertaraf dunia,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI