fbpx

Remaja maut terperangkap kebakaran tandas awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki maut terperangkap kebakaran di tandas awam di Lorong Cakera Purnama 12/21 Saujana Utama, Sungai Buloh petang tadi.

SUNGAI BULOH – Tindakan dua remaja bermain api mengundang tragedi ngeri apabila seorang rakan mereka maut dalam kejadian di sebuah tandas awam di Lorong Cakera Purnama 12/21 Saujana Utama di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan pukul 2.38 petang tadi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, dua rakan mangsa masing-masing berusia 15 dan 16 tahun memaklumkan, mangsa yang berusia 16 tahun sedang baring di atas sofa di dalam tandas itu.

“Kebakaran bermula semasa dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas dan kemudian, api tersebut menjadi besar dan tidak dapat dikawal.

“Mangsa dikatakan tertidur namun telah terjaga. Rakannya memanggil mangsa untuk keluar dari tandas tetapi, dia telah baring semula di atas sofa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, melihat api tidak dapat dikawal, kedua-dua rakannya cuba membantu memadamkan api namun, ia semakin besar dan tidak berjaya dipadamkan sehingga pihak bomba sampai di tempat kejadian.

Ujarnya lagi, siasatan awal oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor mendapati, tiada sebarang halangan atau objek menghalang mangsa untuk keluar dari tempat kejadian.

“Tandas yang terbakar tidak mempunyai pintu dan mangsa boleh melarikan diri untuk menyelamatkan diri serta tiada sebarang unsur jenayah. Tandas awam tersebut terbiar sudah lama tidak digunakan,” katanya.

Sementara itu, Shafa’aton berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini, polis buka sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI