fbpx

Agong dan Raja Permaisuri ucap tahniah Aaron dan Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong dan Raja Permaisuri ucap tahniah Aaron dan Wooi Yik

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan melakar sejarah menjadi pemain badminton pertama negara bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Dunia.

Menerusi hantaran Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Pencapaian cemerlang Aaron dan Wooi Yik telah sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

“Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan, semoga pencapaian ini akan membakar semangat kedua-dua atlet itu untuk terus berlatih dan bekerja keras bagi kejohanan-kejohanan mendatang serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Aaron dan Wooi Yik dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” katanya.

Aaron dan Wooi Yik menamatkan penantian gelaran sulung negara di pentas Kejohanan Badminton Dunia selepas beregu yang berada di ranking keenam dunia itu mengalahkan pasangan dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra 21-19,21-14 pada aksi final edisi ke-27 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI