fbpx

‘Hiker’maut jatuh gaung di Taman Negara Grand Canyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kecemasan bersiap sedia untuk menyelamat mangsa di Bright Angel Point Trail di Taman Negara Grand Canyon. - Derr / NPS

WASHINGTON – Seorang lelaki yang mengikuti pendakian di Taman Negara Grand Canyon, Amerika Syarikat maut akibat terjatuh dari ketinggian 60 meter Jumaat lalu, lapor saluran berita NBC News. 

Lelaki berusia 44 tahun itu terkeluar dari trek laluan apabila secara tidak sengaja lalu terjatuh dari pinggir barat Bright Angel Point Trail yang terletak di North Rim di taman itu, demikian menurut siaran berita oleh Perkhidmatan Taman Negara (NPS).

Renjer Taman Negara Grand Canyon yang bertindak balas terhadap laporan kejadian menemui mayat mangsa kira-kira 60 meter di bawah gaung.

NPS kemudian mengarahkan pelawat Taman Negara Grand Canyon untuk berada di posisi selamat dengan kekal di laluan yang ditetapkan sekurang-kurangnya 1.8 meter dari pinggir curam.

Mereka juga menggalakkan pejalan kaki untuk tidak berlari, melompat, atau melakukan aksi fizikal berhampiran curam.

“Jangan memanjat penghadang di kawasan di mana terdapat pagar. Awasi semua orang dalam kumpulan anda terutamanya kanak-kanak kecil.

“Pastikan rakan perjalanan anda memijak kukuh di atas turapan atau laluan yang dibina,” kata NPS.

Siasatan ke atas kejadian itu sedang dijalankan oleh NPS dan Pejabat Pemeriksa Perubatan Coconino County. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI