fbpx

Mata Orang Asli Indonesia berwarna biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu puak Orang Asli di sebuah pulau di Indonesia didapati memiliki anak mata berwarna biru terang disebabkan oleh satu keadaan mutasi genetik yang menjejaskan pigmentasi, dipanggil sindrom Waardenburg.

Akhbar Daily Mail melaporkan sindrom Waardenburg lazimnya dikesan pada setiap seorang individu daripada nisbah 42,000 orang di seluruh dunia.

Sindrom itu membuatkan ke­dua-dua anak mata atau salah satu daripada berwarna biru terang. Keadaan itu juga dikatakan boleh menyebabkan penghidapnya hilang pendengaran.

Sebilangan kaum Orang Asli Buton yang menetap di Pulau Buton, tenggara Sulawesi dikesan mempunyai keadaan sama.

Seorang ahli geologi dari Jakarta, Korchnoi Pasaribu me­rakam gambar Orang Asli Buton bermata biru itu semasa dia melawat pulau berkenaan pada 17 September lalu.

Korchnoi, 38, juga seorang jurugambar sudah membuat rakaman kehidupan di kawasan pedalaman Indonesia sejak September 2019, memberi fokus kepada puak-puak Orang Asli dan warisan kebudayaan mereka.

“Saya sebenarnya seorang ahli geologi, menggali nikel. Fotografi ialah hobi saya. Mata berwarna biru cukup unik dan cantik selain menjadi inspirasi saya,” katanya.

Pulau Buton merupakan pulau ke-19 terbesar di Indonesia dengan ukuran keluasan 440,298 hektar. Sebahagian besar pulau itu dilitupi hutan hujan. Pulau itu didiami kira-kira 450,000 penghuni. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI