fbpx

EPL: Prestasi benteng Manchester City resahkan Pep Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (kiri) meledak hatrik ketika membantu kebangkitan City yang menewaskan Palace 4-2. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bimbang dengan prestasi semasa pasukan itu biarpun menang 4-2 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad malam kelmarin.

Juara bertahan itu terlebih dahulu ketinggalan 0-2 mene­rusi jaringan sendiri John Stones dan Joachim Andersen sebelum bangkit menerusi hatrik Erling Haaland serta satu gol Bernardo Silva di separuh masa kedua.

Walaupun menang, namun Guardiola terkejut dengan kerapuhan benteng pertahanan The Citizens musim ini apabila sudah melepaskan lima gol dalam dua perlawanan terakhir termasuk ketika seri 3-3 menentang Newcastle United minggu lalu.

“Masalah yang dihadapi City sekarang adalah kami melepaskan terlalu banyak gol. Kami bergelut untuk menjalankan tugas paling penting (bertahan) dalam bola sepak. Kami menang, tetapi ia perlu­ dijadikan pengajaran.

“Semua pemain perlu sedar mereka bermain dengan risiko jika terus menampilkan aksi se­perti ini. Saya percaya akan tiba satu masa di mana kami tidak mampu lagi untuk bangkit se­perti hari ini (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji ketajaman penyudah yang ditunjukkan Haaland pada perlawanan tersebut apabila jaringan hatriknya di separuh masa kedua membantu City meraih tiga mata berharga.

“Kemenangan ini bukan sahaja berpunca daripada idea saya, namun ia juga dibantu menerusi aksi menakjubkan Haa­land. Dia berada di segenap padang hari ini (kelmarin) selain cukup berbisa di hadapan gol,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI