fbpx

Daniel Ricciardo perlu kembali bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO berdepan kemelut prestasi ketika ini sehingga kontraknya ditamatkan oleh McLaren lebih awal. – AFP

SPA-FRANCORCHAMPS – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner terkejut dengan penampilan bekas pemandunya, Daniel Ricciardo musim ini dan berharap pelumba Australia itu mampu mencari tempat terbaik musim depan.

McLaren menamatkan kontrak setahun lebih awal selepas pemandu berusia 33 tahun itu gagal mempamerkan prestasi cukup baik untuk membawa McLaren mencapai kemenangan.

Selama 18 bulan bersama McLaren, pemandu Australia tersebut hanya berjaya melakar satu kemenangan di Grand Prix (GP) Itali pada September tahun lalu.

Ketika menyertai Red Bull pada 2014 hingga 2018, Ricciardo berjaya melakar tujuh kemenangan dan dua kali berada di kedudukan ketiga keseluruhan.

“Saya tidak lagi mengenalinya sebagai pemandu yang sama ketika dia bersama kami sebelum ini. Dia (Ricciardo) salah satu pelumba terbaik dalam saingan F1. Tentu saja dia memiliki kemampuan.

“Jika anda melihat kembali sewaktu dia memenangi Grand Prix Monaco pada 2018, dia menampilkan saingan yang luar biasa meskipun ketika itu jentera dalam keadaan tidak sempurna.

“Apa yang dia capai bersama kami adalah luar biasa. Sungguh terkejut melihat Ricciardo sedang bergelut dengan prestasi sendiri. Saya harap dia menemui semula semangatnya dan mendapat tempat bersama pasukan terbaik di Formula 1 musim depan,” kata Horner.

Ketika ini, McLaren dalam persiapan untuk membawa masuk Oscar Piastri untuk menggantikan tempat Ricciardo dan akan menjadi rakan sepasukan Lando Norris pada musim 2023 nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI