fbpx

Bakal pengantin maut dipanah petir ketika sesi penggambaran perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA dibawa ke hospital berhampiran dan tidak lama kemudian disahkan meninggal dunia. - Weibo

BEIJING – Seorang bakal pengantin maut dipanah petir ketika sedang bergambar sebelum majlis perkahwinannya di sebuah kawasan pelancongan terkenal di China, lapor akhbar The Sun semalam.

Tragedi itu berlaku Rabu lalu di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan.

Lelaki bernama Ruan itu terkena panahan petir semasa sesi penggambaran perkahwinan bersama tunangnya di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular.

Mangsa dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor akhbar South China Morning Post.

Walaupun ribut petir melanda, pasangan itu dilaporkan memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka kerana telah dirancang. Mereka yang berdiri berhampiran mangsa bagaimanapun tidak cedera.

Pihak berkuasa cuaca tempatan telah mengeluarkan amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat China kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI