fbpx

500 penduduk ketakutan, gajah ceroboh kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salamah menunjukkan tapak kaki gajah di kawasan kebunnya di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan kelmarin. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 500 penduduk di Kampung Pulau Setelu di sini dibelenggu ketakutan apabila seekor gajah liar jantan yang dipercayai kelaparan menceroboh masuk kampung untuk mencari makanan di kebun mereka sejak empat hari lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, beberapa penduduk mendakwa melihat gajah tersebut melalui jalan kampung dan kesan tapak kaki haiwan mamalia berkenaan yang masuk ke dalam kebun.

Penduduk, Salamah Hamad, 55, berkata, ancaman gajah liar itu kali pertama berlaku sejak lebih 50 tahun lalu tinggal di kampung berkenaan.

Katanya, hampir 100 pokok pisang dan kelapa sawit yang ditanam di kebun berdekatan rumah dirosakkan haiwan tersebut untuk mencari makanan.

“Kejadian itu disedari keesokan paginya apabila anak jiran beritahu ada gajah di luar rumahnya ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Salamah menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan gajah liar di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang kelmarin.

“Haiwan itu mungkin masuk ke kampung ini untuk mencari makanan. Kami percaya ia merupakan gajah sama yang masuk kebun penduduk Kampung Kuala Tol enam hari lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Setelu semalam.

Seorang lagi penduduk, Mulim Ahmad, 56, memberitahu, terdapat kira-kira 32 pekebun mengusahakan tanaman seperti getah, kelapa sawit, pisang dan buah-buahan lain.

Menurut lelaki itu, terdapat penduduk yang takut untuk ma­suk kebun kerana bimbang terserempak dengan gajah.

“Sejak kami tinggal di sini, hanya babi hutan yang membuat kacau, tetapi gajah tidak pernah mengganggu tanaman.

“Saya juga berasa terkejut selepas melihat lebih 30 pokok sawit yang baru ditanam enam bulan lalu turut dirosakkan haiwan tersebut,” katanya.

Tambah Mulim, mereka membuat laporan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) dan berharap haiwan yang masih berkeliaran itu segera ditangkap dan dipindahkan ke habitat asal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI