fbpx

Juang papar kisah survival, perang Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUANG yang mengangkat kisah survival rakyat di negara ini memerangi pandemik Covid-19 bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 8 September ini.

MENGHASILKAN sebuah naskhah dalam suasana negara sedang dilanda pandemik, pada masa sama mengangkat situasi getir sebenar yang dilalui masyarakat bukanlah satu usaha mudah.

Cukup layak sebagaimana judulnya, Juang yang menyaksikan perjuangan kru produksi termasuk pelaku seni dalam memastikan naskhah bersejarah tersebut wajar mendapat pengiktirafan.

Inspirasi melahirkan karya hebat tersebut bermula daripada perspektif lima sutradara tersohor, Aziz M Osman, Datuk Yusry Abd. Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali sebagai penghormatan kepada barisan hadapan (frontliners) di Malaysia.

Idea dan kritisnya pandangan mereka mengenai sejarah penuh duka saat Covid-19 menerjah dunia dan negara kemudian direalisasikan hasil kolaborasi dua syarikat penerbitan iaitu Asia Tropical Films Sdn. Bhd., dan The Film Engine.

Lebih dibanggakan, Juang diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah yang melibatkan 500 pemain industri tempatan.

“Kolaborasi antara Asia Tropical Films bersama The Engine ini berjaya menerima pengiktirafan dari MBOR apabila produksi ini membabitkan 335 pelakon dengan 100orang terdiri daripada pelakon utama, manakala bakinya 235 lagi terdiri daripada pelakon tambahan.

“Lima pengarah hebat dibantu 165 tenaga di sebalik tabir yang cukup komited juga menjadikan Juang sebagai sebuah naskhah yang meninggalkan sejarah tersendiri,” ujar Matt Laii selaku ketua pengarah.

GANDINGAN mantap pelakon berbakat besar seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta, Izzue Islam dan Jack Lim menjadikan Juang sebuah naskhah wajib tonton seluruh masyarakat di Malaysia.

Tunda

Berkongsi lanjut, Matt Laii berkata, meskipun semuanya sudah siap untuk dipersembahkan kepada penonton, namun kekangan pandemik membuatkan Juang terpaksa ditunda sedikit daripada tarikh asal tayangannya.

Kini, pada saat yang sangat tepat dan memasuki fasa endemik, Juang bersedia untuk menakluk semua pawagam di seluruh negara bermula 8 September nanti.

“Saya menyifatkan naskhah ini ditayangkan pada waktu yang tepat untuk memberikan momen peribadi atau mengenang semula perjuangan, keperitan, kesedihan atau sejarah yang telah merubah dunia secara am.

Mega

“Kita misalnya punya kisah bagaimana seseorang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata.

“Tidak setakat itu, disebabkan pandemik juga hubungan kekeluargaan juga menjadi konflik dan paling penting adalah pengorbanan besar yang dilakukan setiap individu yang kita gelar mereka sebagai adi wira iaitu para frontliners,” ujarnya lagi.

Juang dibarisi pelakon hebat berbilang kaum termasuk Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Chew Kin Wah, Angelin Tan, Steve Yap serta penampilan Allahyarham Adibah Noor.

Segala pahit getir, suka duka dan jentikan emosi dirangkum menjadi satu hasil inspirasi sepanjang dua tahun negara berdepan pandemik yang cukup meninggalkan impak mendalam.

Filem berbajet mega tersebut diperkuatkan dengan lagu tema Wira Hatiku dendangan Datuk Sheila Majid bersama iringan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Turut menambahkan keistimewaan dan keunikan naskhah wajib tonton ini apabila pesohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terlibat mendendangkan lagu tema berjudul Sama Sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI