fbpx

Lebih 200 penunggang motosikal hanya bersiar-siar bukan berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar konvoi lebih 200 penunggang motosikal di beberapa lokasi panas di daerah Barat Daya dan Timur Laut, George Town di sini lewat malam tadi.

GEORGE TOWN – Polis menafikan berlakunya aktiviti lumba haram membabitkan beberapa kumpulan motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Padang Kota Lama di sini malam tadi seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan pihaknya mendapati hanya berlaku pergerakan kumpulan-kumpulan motosikal membabitkan lebih 200 buah motosikal dari Johor, Kedah dan Seberang Perai.

“Polis dari daerah Timur Laut telah membuat pemantauan terhadap pergerakan kumpulan bermotosikal ini dan kita dapati terdapat lebih 200 buah motosikal memasuki kawasan Timur Laut bermula pukul 12 tengah malam.

“Menerusi hasil risikan polis, kumpulan bermotosikal ini bukan datang untuk berlumba sebaliknya mereka mahu bersantai serta bersiar-siar, namun mereka masuk ke daerah ini dalam kumpulan yang ramai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Soffian, pihak polis telah mengekori pergerakan kumpulan motosikal itu dan mendapati mereka bergerak ke arah Padang Kota dan kemudian memasuki sebuah stesen minyak di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu kira-kira pukul 1.30 pagi.

”Kumpulan ini kemudiannya ada yang bersurai, dan polis bagaimanapun menahan 23 penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun berasal dari Kedah, Johor dan Seberang Perai kerana melakukan pelbagai kesalahan.

“Polis juga telah mengeluarkan 48 saman termasuk menyita sembilan buah motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos, tidak mempunyai lesen, tidak mempamerkan plat motosikal, tidak mempunyai cermin sisi dan sebagainya,”katanya.

Tambahnya, kumpulan motosikal itu juga didapati menganggu pengguna jalan raya lain kerana menunggang dalam satu kumpulan yang ramai di semua lorong. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI