fbpx

Fenomena belalai air di Pantai Paka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena belalai air yang dapat dilihat dari Pantai Paka, Dungun semalam.

DUNGUN – Orang ramai yang berada di Pantai Paka di sini gempar menyaksikan fenomena pusaran angin atau belalai air semalam.

Fenomena pada pukul 5.40 petang di kawasan laut tersebut sempat dirakam beberapa penduduk dan pengunjung pantai berkenaan.

Ia dapat dilihat sejauh beberapa meter sehingga pekan Paka di sini sebelum ia semakin mengecil dan hilang kira-kira lebih lima minit kemudian.

Salah seorang penduduk, Zunazri Zulkifli, 42, berkata, dia terkejut melihat kewujudan awan tebal dan pusaran angin sewaktu memandu kereta di kawasan pantai berkenaan.

“Fenomena pusaran angin itu jelas kelihatan walaupun jaraknya agak jauh di tengah laut.

“Sewaktu kejadian, angin tiba-tiba bertiup kuat di pesisir pantai namun, hujan tidak turun. Saya juga sempat merakam beberapa keping gambar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa keping gambar dan video berhubung kejadian tersebut tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI