fbpx

Elaun PPMS Kemas naik kepada RM800 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri semasa berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan Ke-60 Kemas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

SERDANG – Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dinaikkan daripada RM500 sebelum ini kepada RM800 sebulan.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, insiatif itu akan dinikmati kira-kira 9,439 PPMS yang sedang berkhidmat dengan Kemas ketika ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan kenaikan bantuan kos sara hidup kepada anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM).

“Kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup anggota PBKAM daripada RM300 sebelum ini kepada RM500 sebagai mengenang jasa PBKAM.

“Bagi program digitalisasi di 800 Tabika Kemas seluruh negara pula, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM8 juta,” katanya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan Ke-60 Kemas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menyokong lima cadangan Kemas antaranya termasuk kenaikan dua gred pangkat bagi skim-skim jawatan tertentu.

Katanya, cadangan tersebut akan dibawa kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan kelulusan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI