fbpx

2,491 kes Covid-19, 6 kematian dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 2,491 kes semalam dengan tiada kes import dilaporkan berbanding 3,118 kes kelmarin yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,735,929 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,229 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 34,508 kes.

“Sejumlah 3,715 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,703,299 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 656 kes diikuti Kuala Lumpur (507), Sabah (234), Perak (211), Negeri Sembilan (157), Sarawak (115), Melaka (109), Pulau Pinang (100), dan Pahang (80).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Kedah (78), Johor (71), Putrajaya (61), Kelantan (57), Terengganu (40), Labuan (10) dan Perlis (lima),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,196 dan BID 7,694.

Sebanyak 33,090 kes dikuarantin di rumah, 22 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,324 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 49 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI