fbpx

Anak Najib sebak ribuan pengikut beri sokongan penuh buat ‘Bossku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan ahli UMNO dan penyokong Bossku setia memberi semangat buat Najib.

KUALA LUMPUR – “Awak tidak berseorangan ayah”, demikian kata-kata ringkas anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib apabila ribuan ahli UMNO serta penyokong setia Bossku hadir memberi semangat dan mengharapkan keadilan buat Najib.

Perjumpaan sempena Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) petang semalam turut menyaksikan Nooryana membacakan sepucuk surat yang ditulis khas oleh bapanya sehingga menyentuh hati dan perasaan ramai.

Bagaimanapun, Nooryana sekali lagi berterima kasih kepada semua ahli UMNO dan jentera penggerak Boosku kerana sentiasa bersama-sama memberi semangat kepada Najib untuk terus kuat menjalani ujian hidupnya di Penjara Kajang.

“Ini adalah detik yang tidak dapat dilupakan buat saya dan keluarga. Saya hanya mengharapkan ayah (Najib) di sana akan terus kuat dengan kasih sayang dan semangat daripada parti dan penyokong beliau.

“Yana harap minggu depan, saya boleh tunjuk gambar-gambar dan video-video dari perjumpaan ini ke Bossku,” tulisnya pada hantaran di Instagram miliknya pagi ini.

Tambah Nooryana, dengan semangat dan ucapan yang diberikan semua penyokong UMNO dan Bossku akan membuatkan bapanya tersentuh selain membakar semangat untuk terus berjuang.

“Ingat kata akhir Bossku, perjuangan harus diteruskan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI