fbpx

Pakistan isytihar darurat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang semakin teruk di Hyderabad, Pakistan. - Shutterstock

ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan mengisytiharkan darurat bencana  berikutan banjir besar yang mengorbankan beratus-ratus penduduk setakat ini, lapor agensi berita United Press International (UPI), kelmarin.

Seramai 34 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu, manakala lebih 900 orang terbunuh akibat banjir sejak Jun 2022, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara.

Berjuta-juta penduduk terjejas oleh banjir besar yang turut memusnahkan seluruh kawasan kejiranan.

Musim tengkujuh yang berlaku pada setiap bulan Julai di Pakistan bertanggungjawab secara langsung ke atas sekurang-kurangnya 150 kematian.

Bandar pelabuhan paling  sibuk di selatan Pakistan, Karachi menyaksikan limpahan air hujan paling teruk yang mengenangi  seluruh kawasan kejiranan dan menyebabkan berjuta-juta orang terkandas.

Sekurang-kurangnya 33 juta orang terjejas akibat bencana banjir dan banjir kilat di Pakistan  dengan anggaran 30 juta penduduk tiada tempat untuk berteduh dan bekalan  air bersih.

Pakistan  mempunyai populasi  sekitar 220.9 juta.

“Darurat  banjir di Pakistan dilanjutkan  apabila negara ini dilanda banjir besar yang tidak berhenti.

“Air Sungai Indus dijangka naik  ke paras sangat tinggi dengan pelepasan dari Empangan Tarbela antara 500,000 (141,584,23 liter sesaat) hingga 700,000 kusek (198,217,92 liter sesaat) pada semalam dan hari ini.

“Laporan juga memberi amaran mengenai banjir luar biasa di Sungai Kabul, Nowshehra dalam tempoh 48 jam akan datang. Banjir teruk juga dijangka berterusan di nullah Balochistan dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Kami sedang bertarung dengan banjir monsun terbesar yang pernah berlaku  dalam sejarah Pakistan. Lebih besar daripada banjir besar  yang melanda dalam tahun 2010,” kata Menteri Perubahan iklim Pakistan, Sherry Rehman.

Negara itu merayu bantuan antarabangsa bagi menyelamatkan nyawa penduduk terperangkap dan menyediakan kawasan perlindungan serta bekalan makanan yang mencukupi.

Pada Khamis lalu, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 184,000 orang telah dipindahkan ke kem sementara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI