fbpx

PKR siaga hadapi PRU, tidak gentar gabungan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang media hari ini.

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) siap siaga sepenuhnya sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada Oktober ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR tidak gentar dengan kemunculan gabungan baharu seperti Gerakan Tanah Air (GTA).

“Kita siap sedia kalau PRU ditetapkan bulan depan atau tahun depan. Bukan soalnya lagi.

“Lagipun, kita sudah lihat semangat rakan-rakan kita (jentera parti) untuk turun dan bekerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvokesyen Pilihan Raya Keadilan hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) juga telah membuat keputusan memperkukuhkan dan membulatkan tekad PH sebagai satu badan parti.

Anwar menjelaskan, walaupun hari ini turut diadakan beberapa konvokesyen dan mesyuarat beberapa parti termasuk Perikatan Nasional dan UMNO tidak menjadi masalah kepada mereka.

“Ini soal mereka. Soal kita tunggu kekuatan parti. Bagi saya amat mengesankan dan positit adalah kembali semangat juang dan dokongan rakyat melihat kepincangan yang ada sekarang seperti ekonomi dan korupsi,” ujarnya.

Mengulas mengenai pendekatan baharu susulan kekalahan di Melaka dan Johor sebelum ini, Anwar menegaskan pihaknya mengakui peluang dan kelemahan dengan merangka strategi dengan suasana berbeza ketika ini.

“Kita satu pasukan akui kerana sebahagian besar terpalit dengan kekuasaan 22 bulan kuasa PH. Kita pergi bawah semua dibangkitkan sebab soal PH.

“Disebabkan itu dalam mesyuarat majlis PH lalu, keputusan kita adalah untuk bersama dalam PH, satu logo tetapi buat beberapa penyesuaian supaya tidak dibebankan rakyat dengan anggapan atau andaian bahawa kita mempunyai pendekatan yang sama,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI