fbpx

EPL: Alexander Isak taruhan terbaru Eddie Howe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK yang melengkapkan perpindahan ke Newcastle dari Sociedad akan diturunkan pada aksi menentang Wolves malam ini. – TWITTER NEWCASTLE

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui tidak akan ‘peram’ pemain termahal dalam sejarah pasukan, Alexander Isak sebaliknya akan terus menurunkannya pada aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Wolverhampton malam ini.

Sebagai rekod, Newcastle te­lah melengkapkan perpindahan Isak kelmarin selepas bersetuju untuk mengeluarkan dana sebanyak £60 juta (RM314.4 juta) untuk di bayar kepada Real Sociedad dengan tawaran gaji bernilai £125,000 (RM665,000) seminggu.

Kata Howe, penyerang antarabangsa Sweden itu pasti tidak menunggu lama untuk menyerlahkan bakatnya dalam arena bola sepak England, sekali gus membayar semula pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak pe­ngurusan.

“Isak akan menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan pada masa akan datang. Ini ke­rana, saya lihat dia memiliki bakat semula jadi sebagai seorang penyerang dan kita akan lihat bagaimana penyudahnya di sini nanti.

“Apa yang pasti, saya tidak akan simpan dia kerana jika pasukan boleh menurunkannya ketika bertemu Wolves, kenapa ia perlu dilengahkan? Semua penyokong kami sudah teruja untuk menyaksikan apa yang Isak boleh sumbangkan buat pasukan nanti,” katanya.

Sementara itu, Howe turut mengesahkan penyerang se­nior, Callum Wilson tidak akan ber­aksi bertemu Wolves kerana mengalami kecederaan dan memerlukan dua minggu sebelum pulih sepenuhnya.

“Kecederaan Wilson tidak serius, tetapi dia hanya akan kembali bersama pasukan pada awal bulan depan. Kita tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Wilson bersama Isak jika dia cergas sepenuhnya nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI