fbpx

EPL: Antonio Conte bercadang rehatkan Harry Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL Madrid akur kehilangan Benzema dan perlu pengganti baharu yang setara dengan Kane sebagai sasaran malah bersedia untuk membayar £100 juta kepada Spurs. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dijangka berkunjung ke laman Nottingham Forest tanpa kelibat Harry Kane yang mungkin akan direhatkan oleh pengurusnya, Antonio Conte.

Pada aksi di Stadium Bola Sepak Nottingham Forest malam ini, skuad The Tricky Trees bercita-cita untuk meneruskan aksi cemerlang, manakala Conte dijangka memberi rehat kepada Kane bagi mengelak penyerang England itu dihimpit isu keletihan.

Pengurus dari Itali itu merasakan adalah sesuatu perkara yang ‘gila’ jika beliau tidak me­lakukan penggiliran pemain dan peluang kali ini menjadi detik terbaik buat pemain baharunya menyerlah.

“Kita bercakap tentang situasi yang kami perlu hadapi. Setiap kali tamat perlawanan, saya perlu periksa situasi pemain, adakah berada dalam keletihan ataupun alami kecederaan.

“Seseorang pemain tidak akan mampu bermain dalam semua tujuh perlawanan dan ia begitu mustahil. Saya bukan ahli silap mata yang mampu meramal semua perkara ini, tetapi kami perlu hadapi satu demi satu dan cuba sehabis baik.

“Tidak masuk akal untuk meletakkan pemain yang sama. Sebab itu kami mendapatkan pemain baharu untuk memboleh­kan penggiliran kerana kami akan bermain dalam empat pertan­dingan,” katanya.

Untuk rekod, Kane tidak pernah direhatkan dalam semua pertandingan utama, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sejak Disember 2018.

Pada sesi perpindahan kali ini, Tottenham Hotspur menjadi antara pasukan yang aktif dan berjaya membawa masuk Richarlison, Clement Lenglet, Yves Bissouma dan Ivan Perisic. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI