fbpx

Laungan ‘bubar’ gamatkan Dewan Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli UMNO hadir pada Taklimat Khas Presiden UMNO menggesa supaya Parlimen dibubarkan segera di Kuala Lumpur hari ini. /FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Luangan ‘bubar’ menggamat suasana di Dewan Merdeka selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera.

Laungan daripada lebih 3,000 perwakilan UMNO yang hadir pada Taklimat Khas Presiden UMNO itu turut disambut oleh hadirin yang berada di luar dewan berkenaan.

Zahid ketika berucap berkata, Perdana Menteri perlu membubarkan segera Parlimen kerana semua pihak termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah sebulat suara bersetuju untuk pembubaran itu.

“Desakan ini bukan datang dari saya, bukan dari Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) atau pemimpin lain, tetapi ia adalah keputusan sebulat suara dari semua peringkat.

“Keputusan sebulat suara sudah dicapai, jadi apa yang kita nak tunggu lagi?,” katanya semasa berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI