KUALA LUMPUR – Bangsa usahawan sekitar Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Johor Bahru dapat bertemu dengan pasukan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menerusi Karnival UDA USHAniaga, Keluarga Malaysia tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., pihaknya amat berterima kasih atas kepercayaan diberikan UDA Holdings Berhad yang mengundang syarikat untuk menyokong karnival berkenaan.
“Alhamdulillah, bimbingan RichWorks bersama Mentor Usahawan dan Pengasas kami, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Justeru, kami ingin menjemput bangsa usahawan yang berada di lokasi terlibat untuk hadir dan bertemu sendiri dengan sekitar 20 usahawan jutawan RichWorks yang akan turut serta,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Lima lokasi terlibat ialah Odeon Walk, Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga Ahad ini; Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang (16 – 18 September); Serambi Teruntum, Kuantan (23 – 25 September); Ipoh Mall, (30 September – 2 Oktober) dan Angsana Johor Bahru Mall (21 – 23
Oktober).
Radz menambah, pengunjung ruang pameran RichWorks berpeluang mendapatkan buku keusahawanan secara percuma dan sesi konsultasi bisnes.
“Insya-Allah, setiap hari kami akan tampilkan usahawan jutawan untuk berkongsi kisah mereka bersama pengunjung,” ujarnya