fbpx

Jaguh si anak badak dirai majlis berendoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat anak badak air yang bernama Jaguh (kiri) pada Majlis Berendoi Baby Hippo di Sunway Lost World of Tambun di Ipoh hari ini.

IPOH – Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) di sini menerima ahli baharu dengan kelahiran seekor anak badak air jantan yang dinamakan Jaguh pada 18 Jun lalu.

Jaguh yang kini berusia dua bulan merupakan anak kepada pasangan Jiwang dan Juwita iaitu spesies badak air Afrika yang diraikan pada majlis kenduri kahwin di Hippo Kingdom, SLWOT, April tahun lalu.

Kemunculan Jaguh buat pertama kali hari ini sempena meraikannya dalam majlis berendoi yang berkonsepkan tradisional Melayu di mana terdapat replika buaian yang diletak sebagai simbolik adat.

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho berkata, Jaguh seberat 50 kilogram (kg) itu merupakan anak pertama pasangan badak air Jiwang dan Juwita.

“Saya ingin menggamit kenangan ‘Wedding Of The Year’ di antara Jiwang dan Juwita pada April tahun lalu yang menjadi fenomena serta bualan ramai.

“Hasil daripada perkahwinan itu, kami di SLWOT amat teruja untuk menyambut dan mengadakan majlis berendoi buat anak pertama pasangan badak air dengan kesinambungan tradisi melayu,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas Majlis Berendoi Baby Hippo di SLWOT di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff.

Menurut Calvin, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran anak pertama pasangan badak air itu bagi memastikan ibunya iaitu Juwita sentiasa dalam keadaan selesa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI