fbpx

Lelaki siar siaran langsung kelar leher sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah di bahagian kerongkong. - Daily Mail

LONDON – Seorang lelaki di Liverpool, England dipercayai mengelar leher sendiri menerusi penstriman langsung di laman Facebook, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Sebuah kereta dipercayai milik mangsa di St Chad’s Drive, yang terletak di sebelah Pusat Kesihatan St Chad  telah ditunda polis.

“Kami boleh mengesahkan bahawa anggota-anggota kami  berada di St Chad’s Drive berikutan insiden petang ini di Liverpool.

“Kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan), anggota-anggota polis tiba di lokasi kejadian berhampiran Balai Polis Kirkby di mana seorang lelaki mengalami pendarahan serius.

“Dia dibawa ke hospital dengan kecederaan parah pada  bahagian kerongkong, namun berada dalam keadaan stabil.

“Seorang lelaki berusia 55 tahun dari Kirkby kemudiannya ditahan kerana disyaki mempengaruhi kanak-kanak bawah 14 tahun dan memiliki senjata berbahaya.

“Siasatan sedang dijalankan dengan polis akan menyoal saksi kejadian dan memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV),” demikian menurut kenyataan Polis Merseyside. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI