fbpx

Raih RM1 juta pertama dari Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFAH FURAIHA menunjukkan Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2022 yang dimenangi baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menjalankan perniagaan dari bumi Mesir ketika menuntut di Universiti Al-Azhar bukan penghalang buat Syarifah Furaiha Sha’are meraih jualan RM1 juta pertama.

Menurut pengasas Furaiha Legacy Sdn. Bhd. itu, beliau memanfaatkan strategi perniagaan yang diperoleh daripada program Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks.

“Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkongsi hampir 300 ilmu pemasaran tetapi saya gunakan hanya satu sahaja.

“Saya buat personal branding dan penulisan blog dibuat tular sekali gus melonjakkan jualan produk kosmetik saya ketika itu,” jelasnya.

Pun begitu, suaminya yang juga merupakan Pengasas Bersama syarikat, Azam Azhary berkongsi bahawa perniagaan mereka kemudiannya jatuh seketika apabila masih menggunakan ilmu yang sama meskipun situasi sudah berubah.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk menyertai program pementoran Spire bagi memulihkan semula perniagaan.

Hasil bimbingan Azizan, mereka memberi fokus kepada produk inai di bawah jenama Inai Republic yang memiliki sijil halal dari Malaysia, Singapura serta Brunei dan perniagaan syarikat kembali berkembang.

“Alhamdulillah pada 2021, syarikat meraih jualan RM3.5 juta dan kami menyasarkan RM10 juta tahun ini,” jelas Azam.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk boleh ke laman web inairepublic.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI