WASHINGTON – Anak lelaki kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Wanita Pertama AS, Melania Trump didapati negatif Covid-19, kata seorang jurucakap.
“Barron diuji dan didapati negatif dan semua langkah pencegahan sedang diambil untuk memastikan dia kekal sihat dan selamat,” jelas jurucakap Melania, Stephanie Grisham sebentar tadi.
Terdahulu, Naib Presiden AS, Mike Pence juga diuji dan disahkan negatif Covid-19 selepas beliau menjalani ujian pemeriksaan hari ini.
“Pagi ini, Naib Presiden Pence dan Wanita Kedua (Amerika Syarikat) didapati negatif Covid-19.
“Sebagai satu rutin harian sejak beberapa bulan lalu, Naib Presiden Pence diuji untuk Covid-19 setiap hari,” kata jurucakap Devin O’Malley menerusi satu perkongsian di Twitter.
Presiden AS, Donald Trump dan Melania disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di White House. – AFP