fbpx

Adam mahu lebih agresif pada CEV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM bersedia menampilkan tunggangan hebat untuk memburu podium kemenangan pada saingan CEV di Aragon, Sepanyol minggu ini.

PELUMBA muda negara, Adam Norrodin bertekad memper­baiki tunggangan terutama di grid pelepasan sekali gus memastikan mampu memberi saingan podium menjelang perlumbaan Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) di Aragon, Sepanyol minggu ini.

Pencapaian terbaik pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior ketika­ ini adalah tempat kelima pada Perlumbaan 1 di Algarve, Portugal Julai lalu.

Pelumba berusia 23 tahun itu kini berada di tangga kelapan carta dengan perbezaan 108 mata berbanding pendahulu dari Itali, Yari Montella yang kini meraih enam kemenangan berturut-turut.

“Saya perlu buat terbaik ke­rana melakukan kesilapan ketika permulaan perlumbaan di Jerez tempoh hari. Nasib tidak menyebelahi saya dan berharap minggu ini mampu perbaiki masalah itu untuk bersaing de­ngan kelompok hadapan.

“Pasukan telah melakukan yang terbaik dan saya juga sudah berada di Sepanyol kira-kira sebulan. Saya harap dengan persiapan rapi ini saya mampu raih keputusan terbaik seawal sesi latihan pertama nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai sasarannya minggu ini, Adam menjelaskan, dia mahu memburu podium pertama pasukan.

“Semestinya kami perlu dapatkan podium minggu ini kerana kita mempunyai potensi yang baik untuk menaiki podium. Cuma saya perlu perbaiki kesilapan terdahulu.

“Kita mempunyai pakej yang baik dan mampu meraih keputusan positif pada hujung minggu ini,” ujarnya.

Selain Adam, terdapat dua lagi pelumba negara yang ber­saing pada kejuaraan tersebut iaitu Syarifuddin Azman bagi Kejua­raan Remaja Moto3 Dunia dan Muhammad Sharul Ezwan dalam saingan European Talent Cup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI