fbpx

Idam terus pahat sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN SMKDBL, Mohd. Fauzan Shah Mohd. Nizam (kanan) menjadi sandaran utama pasukan menjelang aksi final menentang SSBJ Thunderbolts pada final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional malam esok. - MHC

KUALA LUMPUR – Bertemu pasukan pilihan, SSBJ Thunderbolts tidak menghadirkan gerun buat pasukan SMKDBL PHJ-MSNJ menjelang aksi final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Keyakinan itu berdasarkan kejayaan mereka menewaskan juara bertahan yang juga gergasi Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL), SSTMI Thunderbolts 1-0 di peringkat separuh akhir semalam.

Justeru, pengendali SMKDBL PHJ-MSNJ, Mohd. Nor Aqmal Abdul Gaffar menuntut prestasi dan momentum sama daripada para pemainnya dalam misi untuk melakar sejarah baharu arena hoki tanah air.

“Sama macam lawan SSTMI semalam, kami akan berikan tentangan habis-habisan walaupun SSBJ adalah pasukan pilihan. Mungkin ada rezeki kalau pemain pun main bagus seperti semalam.

“Ini adalah kali kelima kami ke separuh akhir tetapi edisi-edisi sebelum ini semuanya kami kalah. Kali ini kalau boleh buat jadi juara, lagi bagus dan bersejarah.

“Suasana final berbeza, mungkin ada pemain yang rasa gemuruh kerana ada antara mereka baru kali pertama bermain di MJHL. Kalau pemain teruskan kerja keras, mungkin ada hasil,” katanya.

Kelebihan dilihat lebih memihak kepada SSBJ menerusi kemenangan 3-0 ke atas SMKDBL PHJ-MSNJ dalam saingan Divisyen Satu MJHL 2022 baru-baru ini.

Namun, ia tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan SMKDBL PHJ-MSNJ juga kalah kepada SSTMI Thunderbolts dalam saingan liga tetapi menang 1-0 hasil jaringan Haziq Haiqal Daus di peringkat kalah mati semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI