fbpx

Pembedahan metabolik rawat diabetes, obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Johari Abu Kasim (kiri) dan Nordina Abdul Latif di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka. /FOTO AMRAN MULUP

MELAKA – Kerajaan negeri berminat untuk meneroka bidang perubatan pembedahan metabolik dari Turki bagi merawat pesakit diabetes tahap dua dan obesiti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau tertarik dengan teknologi perubatan dibawa oleh Kumpulan Star Medik yang terbukti mampu menyembuhkan mereka yang mengalami masalah diabetes.

Menurutnya, belum pernah ada mana-mana hospital kerajaan atau swasta di negara ini menggunakan rawatan berkenaan untuk merawat kedua-dua penyakit terlibat.

“Ini adalah inisiatif yang dibawa oleh Kumpulan Star Medik yang sangat bagus terutama untuk merawat pesakit diabetes tahap dua, malah boleh memulihkan mereka tanpa lagi perlu makan sebarang suplemen.

“Sudah ada testimoni, ada pesakit yang sudah pulih daripada penyakit diabetes dan dia tidak lagi perlu menggunakan insulin atau makan sebarang ubat.

“Teknologi seperti ini perlu kita bawa ke Melaka untuk kita belajar melalui pertukaran doktor di Turki melalui kerjasama dengan Kumpulan Star Medik memandangkan kini Melaka sedang menuju menjadi negeri sektor pelancongan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Kumpulan Star Medik yang diwakili Pengarah Urusannya, Johari Abu Kasim dan Persatuan Diabetes Malaysia Melaka diwakili Presidennya, Dr. Nordina Abdul Latif di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, kadar terkini penyakit kencing manis di negara ini adalah antara tertinggi iaitu sebanyak 51 peratus tergolong sebagai obesiti.

“Bila kadar obesiti meningkat secara tidak langsung ia turut meningkatkan jumlah pesakit diabetes tahap dua.

“Dalam tempoh terdekat ini saya akan berbincang bagaimana kerjasama dapat diwujudkan antara kedua-dua belah pihak untuk membawa teknologi tersebut ke negeri ini, memandangkan di Melaka terdapat tiga hospital swasta terkemuka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI