fbpx

Tuntutan gaji minimum, Cuepacs yakin capai situasi menang-menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat (duduk tengah) bersama Exco KKPPFKSM pada sidang akhbar sebelum Majlis Makan Malam kesatuan itu di Alor Setar pada malam semalam.

ALOR SETAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berharap kerajaan akan memuktamadkan tuntutan gaji minimum penjawat awam dengan situasi menang-menang menjelang Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada 30 Ogos ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya sudah mengutuskan surat cadangan balas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam sebagai langkah terakhir sebelum majlis amanat tersebut berlangsung.

“Cadangan balas daripada Cuepacs adalah apakah situasi menang-menang yang mampu kami kurangkan daripada segi desakan kepada sembilan tuntutan utama sebelum ini untuk Perdana Menteri lihat secara minimum.

“Sebenarnya kami (Cuepacs) tidak begitu ekstrem dalam membuat tuntutan ini kerana kami tahu kerajaan ada kekangan kewangan dan rakyat di luar sana juga terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika hadir Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) di sini malam semalam.

Katanya, tuntutan kenaikan gaji minimum kepada RM1,800 atau RM1,500 sebulan itu adalah munasabah melihat kepada kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh penjawat awam ketika ini.

“Justeru itu dalam mengambil kira kesan kepada kewangan negara dan pencen akan datang kepada kerajaan selain hutang luar negara melebihi RM1 trilion, maka Cuepacs juga akan memberi pertimbangan yang munasabah.

“Kerajaan sendiri memperkenalkan gaji minimum RM1,500 kepada sektor swasta dan GLC, maknanya majikan penjawat awam juga perlu meletakkan gaji minimum kepada penjawat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI