fbpx

Cuaca cerah di hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah hampir semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selain hujan di beberapa kawasan.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya di YouTube memaklumkan, hujan berlaku di satu dan dua tempat di bahagian utara seperti Kedah (Pulau Langkawi) serta di bahagian persisiran pantai di Pulau Pinang.

“Hujan di kawasan berkenaan dijangka berlanjutan sehingga awal petang nanti.

“Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula cuaca dilaporkan cerah pada pagi ini,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan hujan lebat hanya berlaku di beberapa kawasan sekitar Sarawak termasuk di Samarahan, Sarikei dan Sibu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI