ISTANBUL – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menerima laluan mudah apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Real Sociedad, Sheriff Tiraspol dan Omonoia Nicosia pada saingan Liga Europa musim ini.
Pada majlis yang berlangsung sebentar tadi, United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag dilihat tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat kalah mati dengan cabaran mungkin hanya diberikan oleh Sociedad yang menjadi wakil La Liga.
Sementara itu, satu lagi kelab besar EPL, Arsenal menerima undian lebih sukar apabila diundi bersama pasukan berpengaruh Belanda, PSV Eindhoven yang kini dikendalikan oleh bekas penyerang United, Ruud Van Nistelrooy.
Selain PSV, skuad The Gunners dijadualkan menentang kelab Norway, Bodo/Glimt dan jaguh Denmark, FC Zurich.
Saingan peringkat kumpulan Liga Europa musim ini dijadualkan bermula 8 September depan. – KOSMO! ONLINE
UNDIAN PENUH LIGA EUROPA
Kumpulan A
Arsenal (England)
PSV Eindhoven (Belanda)
Bodo/Glimt (Norway)
FC Zurich (Denmark)
Kumpulan B
Dynamo Kiev (Ukraine)
Rennes (Perancis)
Fenerbahce (Turki)
AEK Larnaca (Cyprus)
Kumpulan C
AS Roma (Itali)
Ludogorets (Bulgaria)
Real Betis (Sepanyol)
HJK Helsinki (Finland)
Kumpulan D
Braga (Portugal)
Malmo (Sweden)
Union Berlin (Jerman)
Union Saint-Gilloise (Belgium)
Kumpulan E
Manchester United (England)
Real Sociedad (Sepanyol)
Sheriff Tiraspol (Romania_
Omonoia (Cyprus)
Kumpulan F
Lazio (Itali)
Feyenoord (Belanda)
Midtjylland (Denmark)
Sturm Graz (Austria)
Kumpulan G
Olympiacos (Greece)
Qarabag (Azerbaijan)
Freiburg (Jerman)
Nantes (Perancis)
Kumpulan H
Red Star Belgrade (Serbia)
AS Monaco (Perancis)
Ferencvaros (Hungary)
Trabzonspor (Turki)