fbpx

Final Piala FA: Operasi LRT dilanjutkan ke 1 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik ihsan MFL

PETALING JAYA – Pihak Rapid Rail mengumumkan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan waktunya sehingga 1 pagi bagi memudahkan perjalanan penonton yang hadir menyaksikan final Piala FA 2022 pada 10 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn. Bhd, Amir Hamdan berkata, tren tambahan turut disediakan sejurus tamat perlawanan bagi memberikan keselesaan kepada penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk pulang ke destinasi masing-masing.

“Operasi di Stesen LRT Bukit Jalil dan akan dilanjutkan 1 pagi dengan tren tambahan disediakan bagi keselesaan penumpang sejurus selepas tamat perlawanan antara Terengganu FC dan JDT.

“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya dengan mendapatkan tren di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Putra Heights. Bagi yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.”

“Kakitangan tambahan juga bakal disediakan bagi licinkan operasi pada hari tersebut. Justeru, kami menyeru semua penyokong dapat gunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di pusat bandar khususnya di sekitar Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI