fbpx

Bajet 2023 dibentang 7 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Belanjawan 2023 itu akan dibentangkan pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Oktober depan.

“Takwim sebelum ini bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 (31 hari) bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Disember 2022 (sembilan hari) bagi Dewan Negara selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Takwim baharu yang dicadangkan adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara, dipercepatkan 23 hari daripada takwim asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ia adalah bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan Tambahan 2022 dan RUU Tanggungjawab Fiskal dibentangkan sebaik Belanjawan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri mengenakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, untuk meminda tarikh daripada 26 Oktober 2022 serta diawalkan kepada 3 Oktober 2022,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI