fbpx

3,358 kebakaran Hutan Amazon dalam masa 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diambil pada 01 Oktober 2019 menunjukkan kebakaran dari lebuh raya BR163 berhampiran Itaituba di negeri Para, Brazil, di hutan hujan Amazon. - AFP

BRASILIA – Statistik rasmi mengenai kemusnahan hutan hujan terbesar di dunia mendedahkan bahawa jumlah kebakaran di Hutan Amazon Brazil mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Brazil (INPE), sebanyak 3,358 kebakaran dikesan pada 22 Ogos lalu sekali jumlah paling besar untuk mana-mana tempoh 24 jam sejak September 2007. 

Jumlah itu hampir tiga kali ganda lebih besar daripada ‘Hari Kebakaran’ yang berlaku pada 10 Ogos 2019 apabila petani-petani di negeri Para memulakan usaha bersepadu membakar sejumlah besar hutan hujan yang ditebang.

Kebakaran itu menyebabkan bantahan global selepas menghantar asap kelabu tebal merebak sejauh 2,500 kilometer ke Sao Paulo.

“Bagaimanapun, kali ini tiada bukti bahawa kebakaran hutan yang berlaku pada Isnin lalu itu telah dirancang,” kata Pengarah Program Pengawasan Kebakaran INPE, Alberto Setzer.

Tambah Setzer, kebakaran itu adalah selaras dengan trend peningkatan pembakaran dan penebangan hutan.

Pakar-pakar berkata, sebilangan petani, peneroka, penternak dan pelabur bertindak memusnahkan tanah dan membakar pokok untuk memulakan kebakaran bagi membersihkan kawasan hutan di Amazon.

Seiring dengan cuaca yang lebih kering pada bulan ini, musim kebakaran Amazon sering kali bermula dengan lebih teruk.

Keadaan hutan yang menjadi halangan penting terhadap pemanasan global dilihat membimbangkan setakat ini. INPE mengenal pasti 5,373 kebakaran pada bulan lepas, meningkat 8 peratus daripada Julai tahun lepas. 

Dengan 24,124 kebakaran dilaporkan setakat bulan ini, ia berada di landasan untuk menjadi Ogos terburuk di bawah pemerintahan Presiden Jair Bolsonaro. 

Jumlah itu masih jauh di bawah 63,764 kebakaran yang dilaporkan pada Ogos 2005, manakala bulan Ogos terburuk dalam sejarah Amazon  berlaku pada tahun 1998. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI