fbpx

Dua pengedar dadah ditahan, rampas 1,637 gram ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haris (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan dilakukan tersebut.

Oleh IVAN AMIRUL

PENAMPANG – Dua lelaki ditahan selepas kegiatan mengedar rakan karib berkenaan terbongkar dalam dua serbuan berasingan di Bundusan Selasa lalu.

Serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Jabatan Polis Daerah (IPD) Penampang itu berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 1,637 gram.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun hasil maklumat pengedaran dadah.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan lima ketulan tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 260 gram.

“Siasatan lanjut di pejabat milik suspek terletak di Bundusan Commercial Centre menemukan satu ketulan tumbuhan kering mampat dengan anggaran berat 540 gram.

“Anggaran keseluruhan rampasan daripada suspek adalah 800 gram dengan nilai rampasan bernilai RM2,000.

“Selain itu, kita juga merampas sebuah kereta Toyota Land Cruiser, wang tunai RM900, seutas gelang emas dan lain-lain barang rampasan bernilai RM398,400,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Haris berkata, hasil siasatan dipercayai suspek ini terlibat dalam pengedaran dadah sekitar daerah Kota Kinabalu dan Penampang sejak pertengahan Januari.

“Suspek juga dipercayai mendapat bekalan dadah daripada Kuala Lumpur melalui perkhidmatan kiriman kurier.

“Susulan tangkapan itu, polis menjalankan satu lagi serbuan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan merampas satu bungkusan plastik mengandungi ketulan tumbuhan kering mampat disyaki dadah ganja seberat 272 gram.

“Siasatan dalam rumah suspek turut merampas dadah jenis ganja seberat 540 gram. Keseluruhan rampas dadah bagi suspek ini iaitu 837 gram dianggarkan bernilai RM2,000.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai RM5,000 dan lain-lain dengan nilai rampasan dianggarkan RM29,000.

“Hasil siasatan dipercayai suspek mendapat bekalan daripada suspek tangkapan pertama dan juga merupakan sebagai ‘stor keeper’ kepada suspek pertama serta mula terbabit dengan pengedaran dadah sejak Mei 2020,” katanya.

Menurutnya, hasil rampasan dadah ganja seberat 1,637 gram dan nilai keseluruhan rampasan bagi kedua-dua suspek terbabit RM427,400.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI