fbpx

Guru tadika rugi RM9,000 ditipu pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Gara-gara terdesak mahu membuat pinjaman wang, seorang guru tadika kerugian RM9,000 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula selepas wanita berusia 32 tahun itu membuat carian di internet bagi tujuan pinjaman wang.

Katanya, dia kemudian menghubungi sebuah syarikat pinjaman wang yang kemudian bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM30,000.

“Pengurus syarikat yang dikenali dengan nama Sharon telah meminta wanita itu membuat bayaran bagi proses pinjaman secara berperingkat melalui pindahan wang daripada akaun bank mangsa.

“Pembayaran berjumlah RM9,000 itu membabitkan bayaran proses sebanyak RM750, membersihkan rekod CTOS dan bayaran cukai masing-masing berjumlah RM6,000 dan RM2,250,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merasakan ada yang tidak kena dengan urusan pinjamannya telah meminta syarikat itu membatalkan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun katanya, pihak syarikat telah meminta mangsa membuat pembayaran lagi sebagai syarat membatalkan pinjaman berkenaan.

“Mangsa yang telah kehabisan wang membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, semalam. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI