fbpx

Gara-gara pemandu lupa kata laluan komputer tablet, tren lewat 23 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU kereta api diberikan komputer tablet susulan pendigitalan jadual waktu. - Pakutaso

TOKYO – Sebuah syarikat di Jepun mengeluarkan permohonan maaf kerana kereta apinya lewat 23 minit gara-gara seorang pemandu yang terlupa kata laluan untuk membuka komputer tablet miliknya, lapor akhbar Japan Today semalam. 

Pada Jun lalu, JR East mendigitalkan jadual waktu yang dikeluarkan bagi melatih pemandu kereta api dengan memberi mereka tablet. Komputer itu memaparkan masa ketibaan dan berlepas yang boleh dikemas kini secara automatik.

Seorang pemandu meninggalkan Stesen Koriyama pukul 6.18 petang (waktu tempatan) pada 20 Ogos lalu. Setelah tiga minit berlepas, dia cuba menyemak jadual menggunakan tabletnya.

Bagaimanapun, percubaannya untuk membuka tablet itu gagal kerana dia terlupa kata laluannya.

Kelewatan berlaku kerana pemandu itu perlu menyemak jadual waktu berulang kali semasa berhenti di stesen Asakanagamori dan Yayagawa sepanjang perjalanan kereta api itu untuk ke destinasi akhir.

Pemandu itu mengambil keseluruhan masa 23 minit untuk memeriksa jadual sebelum tiba di Mito. Kira-kira 60 penumpang dikatakan terjejas oleh kelewatan itu.

Menurut laporan, pemandu kereta api diberikan berbilang tablet untuk tugasan yang berbeza. Dalam kes ini, pemandu itu kehilangan akses tablet jadual waktu.

Seorang wakil syarikat tersebut berkata, mereka akan memberi lebih banyak panduan kepada pemandu tentang kaedah mengingati kata laluan. 

Penyelesaian yang lebih mudah adalah dengan melumpuhkan kata laluan tablet kerana jadual bukan maklumat yang perlu dibimbangkan jika jatuh ke tangan orang yang salah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI